July 30, 2009

Aku Terserempak Dengan Hatta Dolmat. Haha

fuh fuh fuh fuh fuh tarik nafas dalam sekejap.

hari ni aku pergi KL sekejap jalan-jalan sebab dah terlampau bosan kat rumah. hurm. ni yang buat aku rindu sekolah ni. huhu T_T

"eh eh betul ke kau terserempak dengan dia?" kata jiran sebelah.

"eh siapa tu hatta dolmat? pak cik jaga? ke saudara bau-bau bacang awak yang lama terpisah di kampung halaman?" kata anda.

"huh. itu pun nak kecoh. hahahaha " kata pendengki yang suka berdengki.

(gambar curi. hehe)

ya. aku memang terserempak dengan dia kat Semua House. Masa tu dia tengah on the phone. jalan pun nak laju. haih.

dulu setiap malam hmmm..ahad kot. aku selalu berebut tv semata-mata nak tengok Project Runway Malaysia. dan dia adalah salah seorang peserta. memang minat gila la walaupun pernah seseorang berkata"eh apesal ko suka dia? dia kan macam lembut sikit." gulp. ha'ah memang pun dalam tv karakter dia macam lembut sikit. hehe. macam Cristian Siriano Project runway season 4 . (-_-") tapi aku suka baju yang dia buat la. sebab kawaii! hehe.

hurm k la. stop kat sini. bye bye.

post signature

July 28, 2009

Mataku Seperti: Eyeliner? Lebam? atau....

ada orang kata aku malas.
ada juga orang kata aku sangat meng-kesian-kan.
ada juga orang kata aku...
sigh..

hari-hari setiap malam jadi kawan burung hantu. bukan bertenggek tapi berguling-guling kat atas katil. siap boleh dengar lagi kakak aku ketawa sorang-sorang tengok cerita drama kat laptop pukul 2 pagi.

pagi ini, selepas keluar dari bilik air, tapi belum mandi, terus turun bawah.

Kakak: eh dayah kau pakai eyeliner eh? *mungkin melihat aku pakai eyeliner secara dramatik*

Aku: *mata terkebil-kebil* Hah??!

Kakak: ko pakai eyeliner ke? *dalam hati mesti kutuk aku nak melawa dalam rumah*

Aku: Ha'ah. Errkk...nampak eh? (hah korang pun mesti dalam hati cakap "eh eh betul la dia ni suka melawa buat malu je pakai eyeliner masa nak tidur hahaha.)

Kakak: *Dalam hati mesti tak sangka ada adik yang pelik gila nak melawa masa tidur.*

Aku: Woi! ko gila ke aku nak pakai eyeliner kat rumah. dah la eyeliner aku dah nak habis, pastu dah la aku tengah miskin sekarang ni. mana mampu nak beli eyeliner berkotak-kotak tsk tsk tsk T_T . oh! ok bukan nak membangga diri hidung tinggi tapi mak dan tiqah pun pernah cakap macam tu walaupun aku tak pakai apa-apa di mata.

Kakak: tapi kenapa mata kau nampak hitam? macam lebam. cuba kau tengok.

Aku: Hah? *pergi ke cermin di sinki* errkk..gulp. (-_-")

huhu. bawah mata aku kelihatan sedikit lebam. kesan daripada tidur yang tidak teratur. tak boleh tidur malam dan sukar bangun sedikit awal di pagi hari. tsk tsk tsk


hah ada ke lebam hitam kat bawah mata? cepat tengok betul-betul. siapa kata takde pegang mouse anda sekarang.

eh siapa yang pakai laptop takde mouse tu cepat lari pergi pinjam kat ibu atau ayah. =p

hehe. peace.

Daaa...


post signature

July 26, 2009

Lebih Sedap Dari Makan Cempedak Goreng di Bawah Pohon Rimbun

hello. hari ni aku pergi Carrefour Ampang. ("eh pergi situ pun nak kecoh ke?" kata kamu.)

eh aku peduli apa. eh jangan marah dulu. sabar sabar. sebenarnya memang jarang sangat kitaorang pergi sana. pergi sini pun sebab terlampau bosan sampai terpaksa tengok cerita dongeng indonesia yang merepek-repek kat rumah sampai mulut tak berhenti terkumat-kamit menyebut " aku bosan aku bosan eh apesal aku tengok cerita merepek ni??"

masa nak balik tu, ternampak kedai Takasima. sekarang ni mak aku pun tengah survey harga kerusi urut. hurm. macam best je. so aku try la. woh woh woh. best jugak rasa dia. lebih sedap dari makan cempedak goreng di bawah pohon rimbun di tepi sungai. haha. sampai tak nak bangun dah. haha. sesiapa yang tiada sistem ADT dan ada kerusi urut kat rumah tu, cepat pergi sorok bawah tangga sekarang atau jadikan bantal peluk malam ni kalau tak esok pagi mesti dah hilang. haha (-_-")

tiqah dan emak

amin yang tak boleh blah tunjuk muka ke-enjoy-an diurut


p/s: oh. semalam masa tengok tv menteri kesihatan cakap H1N1 dah semakin serius merebak di community kita. IPTa pun banyak dah tutup. bersedialah menjadi ninja yang up-to-date.

Daa...

post signature

July 23, 2009

Penangan The Braces Guy (-_-")

mood: jiwang
buat apa: humming lagu i'm going to meet her by Kim Bum.

p/s: sebenarnya entri ni sepatutnya di-publish-kan berabad lama dulu. tapi disebabkan internet connection yang selalu mogok, baru sekarang boleh publish. hurm.


petang rabu hari tu, kitaorang (aku, ili, ain, syarifa dan hamizah) pergi la ke restoran ar-rayyan. semangat gila siap bawak beg sekolah laptop segala untuk preparation forum est. tapi macam biasa la, kalau dah sampai tempat makan, semangat nak melantak makanan berpinggan-pinggan memang berkobar-kobar.tapi yang paling semangat dan berharap sangat sebenarnya mesti la nak jumpa Mr. Jail lagi. (-_-") tapi dia dah takde. maybe dia dah further study. tsk tsk tsk. semua kecewa. T_T


ah tak kisah la. dia bukannya Kim Hyun Jung pun. ngehehe. majority makanan yang kitaorang order sama je macam dulu. tapi entah la semua makanan tu macam..errkkk...



ILI: eh apesal pizza ni macam kurang masin?

AKU: ha'ah la. pizza dia pun rasa macam lain sikit. tak macam dulu.

AIN: eh, ini brokoli kan?

AKU: Brokoli? hahahahaha

ILI: itu capsicum la!

oh mungkin sebab Mr. Jail dah takde sebab tu taste bud kitaorang macam mogok sekejap. penangan the braces guy. hahaha. ha. ha. tapi sedih sangat sebab tak dapat makan lasagna sebab terpaksa pantang macam ibu-ibu bersalin. tsk tsk tsk.



k la. stop kat sini. Daaaa..


July 20, 2009

Don't Ask Me Why

mood: susah hati
mind: confused
status: lazyness getting worse

Dr. Chong yang lebih skinny dari aku tapi mirip wajah cute cikgu chemistry Mrs. Goh Chin Chin bagi aku 3 pilihan.

1. go for another "drug abuse" for one years maybe but there's no guarantee? or

2. skip the "drug abuse" and go for ops until my body can't take it anymore. or

3. just sit and enjoy your life and just wait for your death certificate.

undecided yet

OhFromHeartToday(OFHT) : i miss arwah Syidah (al-fatihah) . i miss Endang. i miss Aizat too.

post signature

Can You Keep A Secret?

malam sabtu lepas, dalam kegelapan malam tiada bintang...ok sebenarnya nak bagi tau yang aku balik kampung sebab ada kenduri arwah lepas tu bertolak lepas maghrib lepas tu lepas highway jalan sunyi kat Tangkak sampai aku tak boleh tidur sebab mata melilau kat tepi tingkap. T_T

sabtu, 180709

kenduri malam ni untuk kaum lelaki generasi kedua kampung. pagi tu memang terkejut gila tengok ada 2 ekor kambing kat luar rumah nenek. woh! so betul la maman Lan bawak kambing hidup. dan untuk pertama kali nya dalam hidup, dengan ini, aku nak bagitau dengan bangganya, jeng jeng jeng....ya akhirnya aku berjaya tengok binatang kena sembelih hidup-hidup depan mata. sebelum ni asyik complaint tak dapat tengok masa raya korban. tsk tsk. T_T perasaan? mula-mula memang excited tapi macam sedih pulak. eh orang cakap kalau kita kesian nanti tak boleh makan. so aku cuba la tak kesiankan kambing tu. tsk tsk tsk.

kambing ni malu-malu je bila aku ambil gambar dia. tsk tsk.

bangga

macam biasa la. kenduri kalau takde makanan memang tak sah. ngehehe. tapi sedih sangat sebab tak boleh melantak macam dulu lagi. T_T


Ahad, 190709

balik KL. oh. sekarang ni kan musim buah. kalau tengok kat tepi jalan bersepah-sepah orang jual buah. sama la jugak kat rumah nenek. cakap je. rambutan? manggis? langsat? durian? nangka? cempedak? semua ada. tapi tak makan pun sebab mungkin dah muak. hurm..

P/s: ingat nak letak video kambing kena sembelih, tapi connection error so tak boleh nak masukkan. hehe. next time la.


post signature

July 19, 2009

i'm not in a normal condition. ignore this entry!

hoh. apa khabar. (-_-")

-baru je balik dari kampung.

-kenduri weh. story later.

-hurm. internet macam dah ok. tapi still nyawa-nyawa ikan lagi. ceh.

-sebab tu jarang update blog. hurm.

- badan pun tak sihat sangat 2, 3 minggu ni.

-homework pun bertimbun-timbun

-oh kenapa aku update blog ni tapi takde tujuan?

-kesian korang ter-baca benda yang merepek-repek.

-sorry. hurm cepat tutup window ni. dah abis da.

-eh kejap!

buh-bye =p


post signature

July 6, 2009

Mari Kita Jadi Apa?

TITLE: MARI KITA JADI APA?
Date: 6 July 2009
Health: selesema macam dah takda tapi demam macam nak datang lagi je. T_T
Lagu: Sayonara by Orange Range


hari ni badan rasa macam pelik je. mungkin sebab dah telan 1 2 3 4 5 6 7 biji pil hari ni. tu yang kepala rasa macam "melayang" tu. sama rasanya macam telan 3 biji pil morphin colour hijau kuning tu. eh eh..bukan bukan. aku bukan penagih dadah tegar. tak best pun rasa dia bila dadah dah terlebih dalam badan. buat kepala pening ada la.

oh hari ni jugak alhamdulillah. semangat nak study datang secara tiba-tiba. ni mesti sebab mimpi malam tadi. mimpi apa? entah dah lupa. hehehe. tapi rasa macam aku tengah exam pastu terkial-kial nak jawab soalan. macam budak tadika disuruh jawab soalan SPM. (-_-")

so lepas ni, dah tak nak dah malas-malas lagi. terlalu semangat ok sampai buku chemistry pun aku nak peluk sekarang ni. ceh padahal tengah tak sabar nak tunggu cerita Desperate Housewives S5 episod 23 habis loading. hehehe.



MARI KITA JADI RAJIN
MARI KITA JADI LEBIH SEMANGAT
MARI KITA JADI SANGAT RAJIN TERLEBIH SEMANGAT
YA
SUDAH BOLEH TUTUP WINDOW NI SEKARANG.
*huh mata tak boleh blah nak terbeliak jugak*

post signature



July 5, 2009

NAK BELA YANG MANA SATU EH?

Title: NAK BELA YANG MANA SATU EH?
date: 5 July 2009
mood: segar bugar walaupun kerap haaaccoommm je.
buat apa: kenapa sekarang baru aku ku rasa lagu Dan Sebenarnya by Yuna ni sedap ah?

errrrgghhhaaarrrrgghhh. *menggeliat sekejap*.
leganya dapat tidur petang tadi. hilang semua sengal lenguh badan. dah tak payah dah beli kerusi urut Gintel buy 1 free 1.

sebenarnya dah lama dah aku nak bela pet. nak bela apa? jeng jeng jeng....

1. Hamster!

kawaii kawaii. gambar hamster sape ntah aku curi kat flickr.

sekarang ni pun masih dalam proses memujuk MAK. tapi bila tiqah cerita dia dah bunuh bedah korek otakperut hamster for science subject kat sekolah, terus macam tak jadi. kesian la pulak. T_T. terseksa dia nati duduk dalam cage.

2. dulu kitaorang pernah bela kucing siam datang dari benua mana ntah. mula-mula kucing tu datang kat belakang rumah pastu terus bela dia kasi dia makan bla bla bla. tapi dia dah lama mati sakit tua. tapi memang sayang gila sebab kucing tu memang disiplin habis. huhuhu T_T. kubur dia kat belakang rumah.

hari tu pergi supermarket bukit indah, terjumpa kucing sape ntah. kawaii comel gila oh! siap bunting lagi. hehehe.

kucing bunting comel

3. ni sebenarnya anjing baru aunty May. comel gila. rupa macam Sheddy (anjing jiran lama yang dah mati) tapi bulu dia tak la selebat rupa karpet macam Sheddy. tapi tetap comel. eh tak tak. aku tak nak bela dia.

gila ke aku nak bela? haram weh.
4. tapi kalau semua pet tak dapat bela, aku bela je la budak kat bawah ni. hehe. tapi time balik kampung je la dapat bagi makan, cubit-cubit pipi dia, snap gambar pastu buat dia mengamuk. hahaha.

hehehe.



the end.
p/s: akuarium kat rumah sekarang ni ada berapa ekor ikan kenot (kecil) je yang tinggal. yang lain semua dah mati. huhu.

post signature

July 4, 2009

DAYAH KALAU BOSAN FIKIRAN SERABUT JADI MACAM NI LA.

title: DAYAH KALAU BOSAN FIKIRAN SERABUT JADI MACAM NI LA.
date: 4 July 2009
mood: kalau mata asyik terkelip-kelip pipi asyik mengembung maksudnya apa ya?
buat apa: dengar lagu Blooming by T-Max.


OMG! satu hari ni rasa macam tak buat apa-apa langsung. time flies betul. satu hari ni bosan gila. siap boleh guling-guling atas katil sebab terlalu bosan. mungkin ini sebab the sims 3. oh cakap pasal game ni, aku dah bosan...sigh.




si Isabel yang macam apa je main gitar malam-malam buta tak tidur sebab game cheats dah on. ngehe.

hurm. sekarang ni aku rasa macam takde apa yang nak dibuat tapi sebenarnya banyak benda yang aku kena buat.

:: macam biasa la; study sampai pecah kepala jiwa hati semua la.
:: kalau boleh nak sorok laptop bawah katil biar bersawang-sawang.
:: kemas dan cari semua buku yang suka main hide and seek.
:: basuh kasut sekolah yang entah sejak beli aku pernah basuh ke?? (-_-")
:: nak makan oren apple berguni-guni biar virus selesema pergi main jauh-jauh. shooh shooh!
::*mata merenung tepat ke arah kertas di dinding: BE SERIOUS AND DON'T PLAY-PLAY ANYMORE DAYAH!! * OH LEPAS NI TAK NAK MAIN-MAIN. JOM JADI ULAT.. ERKKK... RAMA-RAMA BUKU.

HELP ME, ANYONE?

post signature

earning i dah meningkat ke RM1.75 =D sila click dahulu sebelum gelak beramai-ramai T___T
 

Blog Template by Hidayah Aziz