ada juga orang kata aku sangat meng-kesian-kan.
ada juga orang kata aku...
sigh..
hari-hari setiap malam jadi kawan burung hantu. bukan bertenggek tapi berguling-guling kat atas katil. siap boleh dengar lagi kakak aku ketawa sorang-sorang tengok cerita drama kat laptop pukul 2 pagi.
pagi ini, selepas keluar dari bilik air, tapi belum mandi, terus turun bawah.
Kakak: eh dayah kau pakai eyeliner eh? *mungkin melihat aku pakai eyeliner secara dramatik*
Aku: *mata terkebil-kebil* Hah??!
Kakak: ko pakai eyeliner ke? *dalam hati mesti kutuk aku nak melawa dalam rumah*
Aku: Ha'ah. Errkk...nampak eh? (hah korang pun mesti dalam hati cakap "eh eh betul la dia ni suka melawa buat malu je pakai eyeliner masa nak tidur hahaha.)
Kakak: *Dalam hati mesti tak sangka ada adik yang pelik gila nak melawa masa tidur.*
Aku: Woi! ko gila ke aku nak pakai eyeliner kat rumah. dah la eyeliner aku dah nak habis, pastu dah la aku tengah miskin sekarang ni. mana mampu nak beli eyeliner berkotak-kotak tsk tsk tsk T_T . oh! ok bukan nak membangga diri hidung tinggi tapi mak dan tiqah pun pernah cakap macam tu walaupun aku tak pakai apa-apa di mata.
Kakak: tapi kenapa mata kau nampak hitam? macam lebam. cuba kau tengok.
Aku: Hah? *pergi ke cermin di sinki* errkk..gulp. (-_-")
huhu. bawah mata aku kelihatan sedikit lebam. kesan daripada tidur yang tidak teratur. tak boleh tidur malam dan sukar bangun sedikit awal di pagi hari. tsk tsk tsk
hah ada ke lebam hitam kat bawah mata? cepat tengok betul-betul. siapa kata takde pegang mouse anda sekarang.
eh siapa yang pakai laptop takde mouse tu cepat lari pergi pinjam kat ibu atau ayah. =p
hehe. peace.
Daaa...
0 doll(s) gossip-ing:
Post a Comment