July 20, 2009

Can You Keep A Secret?

malam sabtu lepas, dalam kegelapan malam tiada bintang...ok sebenarnya nak bagi tau yang aku balik kampung sebab ada kenduri arwah lepas tu bertolak lepas maghrib lepas tu lepas highway jalan sunyi kat Tangkak sampai aku tak boleh tidur sebab mata melilau kat tepi tingkap. T_T

sabtu, 180709

kenduri malam ni untuk kaum lelaki generasi kedua kampung. pagi tu memang terkejut gila tengok ada 2 ekor kambing kat luar rumah nenek. woh! so betul la maman Lan bawak kambing hidup. dan untuk pertama kali nya dalam hidup, dengan ini, aku nak bagitau dengan bangganya, jeng jeng jeng....ya akhirnya aku berjaya tengok binatang kena sembelih hidup-hidup depan mata. sebelum ni asyik complaint tak dapat tengok masa raya korban. tsk tsk. T_T perasaan? mula-mula memang excited tapi macam sedih pulak. eh orang cakap kalau kita kesian nanti tak boleh makan. so aku cuba la tak kesiankan kambing tu. tsk tsk tsk.

kambing ni malu-malu je bila aku ambil gambar dia. tsk tsk.

bangga

macam biasa la. kenduri kalau takde makanan memang tak sah. ngehehe. tapi sedih sangat sebab tak boleh melantak macam dulu lagi. T_T


Ahad, 190709

balik KL. oh. sekarang ni kan musim buah. kalau tengok kat tepi jalan bersepah-sepah orang jual buah. sama la jugak kat rumah nenek. cakap je. rambutan? manggis? langsat? durian? nangka? cempedak? semua ada. tapi tak makan pun sebab mungkin dah muak. hurm..

P/s: ingat nak letak video kambing kena sembelih, tapi connection error so tak boleh nak masukkan. hehe. next time la.


post signature

0 doll(s) gossip-ing:

earning i dah meningkat ke RM1.75 =D sila click dahulu sebelum gelak beramai-ramai T___T
 

Blog Template by Hidayah Aziz