September 23, 2009

Aidilfitri 2009 Bahagian 1

http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com
assalamualaikum



pinjam songkok amin

first of all, saya ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada seluruh umat islam. walaupun dah masuk raya ke-empat, tetap nak wish jugak. haha. eh raya sebulan kan kan? kedua, aku baru terperasan yang blog ni dah lama tak diupdate. malas betul kau ni kan dayah. (-_-") haha.

SEHARI SEBELUM RAYA

kalau nak tau, sehari sebelum raya, kitaorang nekad pergi Jalan TAR semata-mata nak cari baju kurung untuk majlis pertunangan angah. memang raaaaammmmaaaiii gila orang. dah la hujan lebat petang tu. lepak sekejap kat SOGO untuk tumpang berteduh. tsk tsk. tahun ni alhamdulillah, dapat jugak aku belikan emak handbag baru. share dengan angah 50:50 beli bag kulit Sembonia. bannga oh beli pakai duit sendiri. hehe.

bila jam pukul 6.30, teringat yang kitaorang belum sembahyang asar. terus redah hujan pergi kompleks campbell. ramai tak tau yang kat situ ada satu surau. memang tak ramai orang. dah takdir, semua lif tak berfungsi. terus nekad daki tangga 7 tingkat semata-mata nak ke surau tu. takut terlepas asar. mengah gila oh! MENGAH eh..bukan MEGAH. takde maknanya aku nak megah naik tangga 7 tingkat.

PAGI RAYA, 20.09.09

tahun ni, kami sekeluarga beraya di rumah sendiri dulu sebelum pulang ke kampung halaman. selepas mandi, pakai baju raya, makan apa yang emak masak. sebelum bertolak ke Segamat, sempat ambil gambar keluarga. sampai kampung, rumah nenek sunyi sepi macam takde orang. ye la kan. tahun ni ramai yang balik raya kedua.


bosan sangat kat kampung. dah la malam- malam bising boom bang boom bang bunyi mercun. kalau sekali dua tu takpe jugak. ni sampai malam buta pun nak boom bang jugak. aku report kat polis kang baru tau. masuk jail la diaorang nanti. haha. erkk..ok la ok la. aku mengaku jeles gila dengan jiran sebelah rumah nenek sebab diaorang ada mercun. @#$%^& tsk tsk T_T . tapi bab makan je la yang paling best. datang rumah orang mesti makan. haha sengal.



ayam masak merah, rendang daging, lemang (beli) sayur campur, dan sayur lodeh

angah and along


ainul, tiqah, emak tercinta, dan aku

amin


bersambung......


post signature

1 doll(s) gossip-ing:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
earning i dah meningkat ke RM1.75 =D sila click dahulu sebelum gelak beramai-ramai T___T
 

Blog Template by Hidayah Aziz