May 7, 2009

dayah cooks: nasi goreng kampung special

date: 7 May 2009

lokasi: dalam rumah di kawasan fasa 3
mood: jiwa kosong, hati celaru, fikiran tenang, perut kenyang
buat apa: sedang fikir dinner nanti nak makan apa



weehee. hari aku bangun tidur dengan tanda tanya yang pelik. sebab? aku mimpi sesuatu yang sangat pelik. oh! mungkin sebab terlampau banyak tengok tv. haha. mimpi apa? malas nak cerita.

hari ni juga tak tahu la kenapa aku asyik nak makan je. makan tapi tak pernah rasa kenyang. bila dalam situasi macam ni, mula la otak ligat nak fast food. huhu.


jangan jadi macam perempuan di dalam gambar ini


McDonald: wah. dah lama tak makan spicy chicken mcdeluxe. sekarang ni kan ada promotion untuk lunch kan? tapi malas *segan sebenarnya* nak cakap dengan operator mcdelivery tu. haha.

KFC: wah. dah lama tak makan KFC. rindu pulak. tapi nak beli macam mana? KFC mana ada delivery. huhu. hari tu masa tengah tengok tv, keluar la iklan KFC. eh eh. KFC dah ada delivery!! yeay! seronok gila owh! tapi bila di akhir iklan, baru aku tersedar. lor! chicky meal punya mainan?????! huh??!! mati-mati ingat betul. haha.

pizza hut: pizza pizza pizza. berbaloi ke kalau aku nak makan sorang?

domino: sama jugak dengan pizza hut. hurm...

akhirnya, setelah bosan berangan nak makan apa, aku terus ke dapur. buka peti ais. aku nampak bawang. cili api. cendawan tiram. sotong. buka periuk nasi. ooucch! panas-panas. nasi ada banyak lagi. heeeee...selepas bertumbuk-tumbuk dengan lesung batu, mencincang-cincang sotong, menggaul-gaul, taadaa.....



resipi asli oleh dayah sendiri. tak tipu.

bahan-bahan:

:: nasi panas. (dulu Dato Dr. Fadilah Kamsah cakap, tak elok masak
nasi goreng menggunakan nasi sejuk atau nasi semalam sebab tak elok untuk
minda.)

:: sotong yang dipotong bercorak rectangle. haha

:: cendawan tiram.

:: bawang putih, merah, cili api.

:: minyak zaitun sedikit. (digalakkan)

cara-cara:

:: panaskan minyak. tumiskan semua bahan. garam jangan lupa.

:: masukkan nasi. gaul. gaul lagi. gaul lagi sikit.

:: siap dihidang. hehe.

rasa nasi goeng ni? errkk..boleh la. hehe.


saya yang masak,

post signature

1 doll(s) gossip-ing:

tiqa said...

Tu la kau , penat aku tunggu kau fikir nk mkn ape , aku da la lapar gilaa kat skola x mkn . *lupa mintk duit HAHA ;p pizza la domino la mcd la , haish

earning i dah meningkat ke RM1.75 =D sila click dahulu sebelum gelak beramai-ramai T___T
 

Blog Template by Hidayah Aziz