June 29, 2009

Trip to Sungai Klah Hot Spring, Perak (part 2)

Title: Trip to Sungai Klah Hot Spring, Perak (part 2)
date: 29 June 2009
mood: muka monyok gara-gara sakit perut.
buat apa: baru lepas sign up facebook. don't forget to add me.

weehee. ok jom sambung entri Trip to Sungai Klah Hot Spring.

kolam pertama yang kitaorang pergi terjah dulu adalah kolam air panas. besar la jugak keluasan kolam tu. oh oh. kolam tu adalah kolam buatan manusia. tapi air panas tu memang dari sumber asli. kedalaman kolam pun berperingkat. kalau tak salah, paling dalam hanya 4 kaki je. panas ke air tu? hurm..kalau jejak kaki kat air cetek , hanya suam je. tapi kalau pergi ke bahagian paling hujung, pergh. berasap-asap air.


lepas puas berendam, kitaorang pergi ke tempat refleksologi. kat situ jugak ada hot tub terbuka untuk group yang lebih kecil. tapi semua penuh. so kitaorang terus ke destinasi seterusnya.


dayah yang excited. and oh oh. syafiq (tour guide of family) at the back.


Egg Boiling Area.



ya betul tu. pengunjung boleh rebus telur terus dari air mata air panas tu. tapi kawasan merebus kecil je. orang kata telur yang direbus kat sini tahan lama dan berkhasiat. orang nak kahwin pun rebus telur kat sini. kalau datang masa cuti sekolah, mungkin kena beratur satu kilometer. hehe. tapi nasib baik masa kitaorang pergi orang tak ramai. oh oh. telur ada dijual. tapi kalau nak seludup masuk dari rumah kena berhati-hati. food from outside tak boleh bawak masuk. tapi aku selumber je sorok cheezel dalam beg. hehe.


oh. kat kawasan tu jugak ada kolam kecil dibina ala-ala rupa sungai jugak. khas untuk merendam kaki. suhu 42 -50 darjah celcius. panas gila oh. aku mandi pun paling panas 38C. so memang seksa la nak biasakan kaki kalau nak rendam lama-lama. merah-merah kaki walaupun rendam tak sampai 10 saat. tapi tengok orang jugak. ada nyonya cina tu bukan rendam kaki je, tapi seluruh badan! woh! ade satu family tu siap bawak mangkuk sudu botol kicap sekali pastu berkelah sambil rendam kaki makan telur.


Kolam Air Sejuk.


oh kolam ni macam biasa je. cuma ada sotong gergasi yang comel dan slide di tengahnya. hehe. mula-mula hot spring park ni, terus akan nampak pool ni. dan yang kelakar, Syalimin takut nak pergi kat sini sebab sotong tu. hahahaha. tapi bila jejak air, terus excited sampai jadi tumpuan orang. hehe. oh. kat sini lupa nak ambil gambar. sebab aku pun excited jugak. hehe. (-_-")


Aku rasa pelik tapi betul ke?

masa tak ingat dunia kat sana, abang yang jaga slide tu kata aku dengan tiqah kembar. ceh. jauh berbeza. oh. mungkin sebab aku nampak muda dan tiqah nampak matured kot! haha.

bukan kembar sama sekali


tapi kan......masa on the way balik tu, terserempak dengan satu family india tu.

mereka: "eh, ini adik tadi kan."
aku: pandang mereka sambil memegang tangan syalimin ketika itu. "senyum".
mereka: "adik (syalimin) , cuba menari macam tadi lagi." (ya ya ya. syalimin sekarang ni aku tengok suka berjalan tapi macam sedang menari secara tiba-tiba. aku tanya mak dia apa dia buat. OMG! SHUFFLE??? hahahaha. tapi gaya dia macam Shrek yang mabuk berjalan. haha. memang kelakar! so bayangkan la macam mana dia shuffle kat kolam mandi pastu semua orang tengok.hehe)

aku: "hahahahaha"

mereka: "ini anak ke adik?" ya mereka cakap kat aku.

aku: "erkk......*terkesima sekejap* aaaddddiiikkk sseeepuuupu. (-_-") " woi! aku macam mak budak ke?? huhu.

pukul 5 petang balik KL. penat. tapi memang best. lain kali datang nak try massage pulak. hehe.
fuuh! fuuh fuuh! berpeluh-peluh taip entri yang panjang berjela-jela ni. hehe.
the end.

post signature

June 28, 2009

Trip to Sungai Klah Hot Spring, Perak (part 1)

Title: Trip to Sungai Klah Hot Spring Park, Perak. (part 1)
Date: 28 June 2009
Lokasi Kejadian: rumah pakcik di Bukit Tagar, Selangor.
Mood: sangat penat tapi tetap semangat nak ber-blogging. ngehehe.
Buat Apa: edit gambar dengan sabar.


Sabtu, 27 June 2009.



hehe. walaupun badan belum sihat sepenuhnya, hari ni aku dan family pergi ke rumah pakcik di Bukit Tagar sebab nak jumpa nenek kat sana. sampai je kat sana, terus masuk rumah lepas tu picit cubit tekan-tekan pipi Syalimin@ mr. Chubby. ngehehe. =p

petang tu sebenarnya nak ajak along pergi memancing kat kolam ikan. tapi hujan turun lebat pulak tu. tapi bila dah reda, baru dapat tau kolam ikan tu dah lama terbiar dan mungkin kalau pancing ikan sampai tahun depan pun takkan dapat ikan. mungkin hanya selipar jepun, tiub tayar, lumut dan binatang yang tak disangka yang akan terkena kail pancing. terus tak jadi. T_T
petang tu makan durian je la. huhu.



Ahad, 28 june 2009.


hari ahad yang amat menyenangkan! hehe. sebenarnya semalam lagi kitaorang macam berpakat nak pergi Sungai Klah Hot Spring Park. so pagi tadi baru confirm pergi. excited la jugak. hehe. 3 buah keluarga yang join. so kira family day la. kan kan (?) perjalanan dari Bukit Tagar ke exit highway Sungkai/Trolak mengambil masa kira-kira 45 minit. bayaran yang dikenakan adalah RM10 sahaja bagi dewasa. erkk. kanak-kanak tak ingat. hehe.

woh woh woh! mula-mula masuk tu excited gila. tapi tak la se-excited Syalimin. ngehehe. lokasi pertama kitaorang pergi adalah Kolam Air Panas.


Kolam Air Panas untuk semua peringkat umur
hurm. stop kat sini dulu. oh. ini baru permulaan. esok sambung balik part 2. banyak lagi benda menarik yang nak di-share-kan. hehe. bye2.
p/s: tak sabar nak jumpa MR. Teddy lagi! hehe.

post signature

June 26, 2009

MUST READ: SAYA PERGI

title: SAYA PERGI

date: 26 June 2009

mood: tired but excited (?) hurm...

buat apa: meletak fon kepala (headphone) di kepala. music - SS501; FIND.

ya. hari ni memang aku rajin mem-blogging mentang-mentang la esok hari sabtu. (ceh padahal pergi sekolah sehari je!) ya minggu ni hanya sehari je bayang-bayang aku di sekolah. oh. sekarang ni baru aku tau band SS501 ni popular (?) kat sekolah. oh cerita dia macam ni:

masa aku kena tinggal dengan Ili, Ain dan Syarifa kat kelas sorang-sorang terkontang-kanting dengan buku kat atas meja (konon macam nak study la tu.), tiba-tiba tertoleh ke meja belakang ada classmate aku tengah khusyuk buat homework apa entah. gaya macam tengah kira kambing biri-biri. errkk...kalau tak silap nama dia tu Shu Kang. (ha..betul-betul nama dia sebab teringat nama dia mirip Phua Chu kang ).

tiba-tiba aku ternampak surat khabar. woh woh woh! SS501 ! memang tak sangka diaorang pun minat jugak (?). macam mana aku tau? sebab Kim Hyun Jung la. nghehehehe. terus fokus nak study tersasar. dalam hati nak pinjam nak pinjam. hurm. tapi tengok muka dia yang serious semacam terus tak jadi. ah! tak kira la. nak pinjam jugak. baru je aku pusing belakang nak pinjam, tiba-tiba kawan dia (wong) meluru masuk pastu grab newspaper tu pastu bawak lari pegi mana ntah. T_T @#$%^&*(&*(@# lepas tu newspaper tu terus tak muncul-muncul lagi.

sedihnya. terus tutup buku mogok tak nak study, eleh....tak kisah pun. tak tengok pun takpe. bukannya aku faham bahasa cina pun. kalau masuk kelas mandarin 3 tahun pun belum tentu lulus. kalau dapat pinjam pun dapat tengok gambar je. gambar tu pun macam background video clip lagu FIND. bila-bila masa pun aku boleh google gambar tu. ceh! ( cipta alasan sebab kecewa ) T_T

FLASHBACK TAMAT.

oh. esok aku akan pergi menemui nenek tercinta, dan Mr. Chubby tercomel. ngehehehe.

bye sayonara annyoung papai !

post signature

May Allah Bless Him. Al-Fatihah.

Title: May Allah Bless Him. Al-Fatihah.

date: 26 June 2009

mood: sedih sebab reben bear kecil saya dah tercabut! dah tak hensem dah T_T.

buat apa: tak buat apa-apa tapi kejap lagi rasanya macam nak buat apa-apa. ngeheh.

hari ni bangun tidur terkebil-kebil mata. erkk..terlepas solat subuh. T_T. lepas tu terus turun bawah. semenjak tv kecik bilik aku dibawa ke tingkat bawah gara-gara bulan ni kerap sangat sedara datang rumah, ruang tamu yang dulunya sunyi sepi aman tenteram dah menjadi sebaliknya. ya. aura sebuah tv kecil. eh eh. aku bukan nak cerita pasal tv kecik tu. tapi nak bagitau yang Michael (Mikael) Jackson dah meninggal. tadi saja google pasal MJ. oh. kat wikipedia dah edit about his death. wah. cepatnya.

semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

post signature

June 25, 2009

I'M BEGGING YOU!

title: I'M BEGGING YOU
date: 25 June 2009
mood: meter mood tak mencapai ke paras separuh pun.
buat apa: rehatkan minda yang tengah struggle menjadi normal semula.



hari ni aku tak pergi sekolah. badan still tak sihat sangat. so satu hari kerja aku hanya tidur makan dan STUDY. (hah. mesti nak COP aku pemalas la tu! ) walaupun plan nak catch up balik subject add math, chemistry, bla bla bla...hanya Physic je yang sempat. (hah sempat??) ya. betul tu. bayangkan lah (sila keluarkan kotak awan anda ) satu unit dalam satu bab aku ambil masa hampir dua jam untuk betul-betul faham. kalau nak terus faham masa cikgu physic ajar kat lab memang ajaib. terlalu laju sebab cikgu takut tak sempat. so sekarang aku nak offer korang yang baik hati.


"SIAPA SUKARELA BAIK HATI MULIA NAK JADI TUTOR PHYSIC AKU??"



........

............

..............

..................



KRIK KRIK KRIK KRIK

BUNYI CRICKET MENYOROK KAT BELAKANG RUMPUT BLOG ...(-_-")

*sampai hati....T_T*

dah tak nak sudah! sigh...............


post signature

June 23, 2009

Merungut, Merungut Hari-hari Nak Merungut!

Title: Merungut, Merungut Hari-hari Nak Merungut!
date: 23 june 2009
mood: pening fikir macam mana nak bangun awal esok.
buat apa: mengibas kolar baju walaupun penghawa dingin sedang bekerja. panas weh panas!!


hari ni sebenarnya aku memang nak bangun lambat lewat yakni ketika matahari mula bergerak ke arah barat. alasan sebab esok aku akan pergi sekolah semula. tapi terpaksa bangun awal sedikit sebab nak teman mak pergi pusat servis toyota di taman shemerlin (??). kuro *kereta hitam* perlu dimanjakan sedikit supaya kelak tidak sesekali merajuk di tengah jalan.


lepas tinggalkan kereta, naik teksi yang laju macam bawak kat litar sepang pergi ke jusco taman maluri. hehe. pusing-pusing cari hadiah birthday orang. beli sandal jugak (kali ni kalau kaki aku melecet lagi taknak beli kasut/sandal dah! ikat daun je lepas ni. free and green). baju sehelai jugak. Rimmel jugak.

(tak sedap)

oh. tapi yang sedih sangat masa pergi foodcourt. T_T kenapa semua makanan diaorang tarok cili!! lepas tu terus pergi KFC. tak kira aku nak makan jugak. dan buat pertama kali dalam hidup, aku order ayam original recipe. cicah sos tomato pulak tu. tak sedap tak suka. haha. teringat dulu masa kecik. tiap kali eli KFC bawak balik rumah, berebut nak sos tomato yang paket kecik tu. kat rumah tak pernah beli sos tomato. pegang prinsip budak kecik tak makan pedas konon. hah. hah. sekarang dah besar padan muka kena makan sos tomato. dah la lidah melayu! sigh!

post signature

June 22, 2009

tiada pedas hidup tak bermakna lagi.

title: tiada pedas hidup tak bermakna lagi!!
date: 22 June 2009
mood: monyok macam budak kecik tak dapat lollipop.


sigh...mulai dari semalam, aku terpaksa berpantang sesetengah makanan selepas terpaksa menandatangani surat perjanjian dengan pusat rawatan keraton. huhu.

:: tak boleh makan makanan pedas. (sumpah yang ni memang tak boleh janji. baru dua hari tak makan pedas aku dah merungut satu hari!)
:: tak boleh makan seafood. (yang ni insyaallah boleh. pass.)
:: segala jenis kulat, cendawan, pulut tidak boleh juga. (yang ni tiada masalah)
:: jangan minum minuman sejuk seperti berais dan juga kopi. (huhu..bayangkan macam mana aku minum jus tomato yang tak sejuk langsung. tak sedap!! oh oh! belum kira pure carrot juice lagi! huaaa..)
:: segala keluarga daging merah jangan harap boleh makan. (oh tak kisah pun cuma terfikir sedap tak kalau makan mee sup ayam? errkk..tak sedap.)
:: telur pun tak boleh. (baru plan nak buat cream puff terus tak jadi. sigh..!)



hurm. nak buat macam mana. dah terpaksa. ikut je la. 45 hari je (je???) tak lama. pejam celik pejam celik dah habis. huhu. tapi yang sedih sangat selama tu la aku takkan dapat makan favourite food aku. sedih kan. kan. hurm. rasa macam bukan melayu je bila tak dapat makan pedas. ah tak kira! next appointment aku nak jugak pujuk doktor bagi aku makan cili. haha.

tiada pedas hidup tak bermakna.

post signature

June 20, 2009

salah ke aku suka pakai tudung hitam?

date: 20 June 2009
title: salah ke aku suka tudung warna hitam?
mood: perut kenyang hari senang!
buat apa: tengok shin-chan yang errkk...gatal?


hurm..bosannya pergi ampang point. dah tiga kali keluar cari hadiah tapi tetap tak jumpa lagi. ramai betul birthday orang bulan ni. duit pun mengalir macam paip rosak je. sigh.

hari ni aku telah ditegur! "Dayah ni asyik-asyik pakai tudung hitam. Mak tak pernah tengok adik pakai tudung warna lain."


hurm. salah ke aku suka pakai tudung hitam? kalau orang-orang dalam industri fesyen mesti cakap aku ni seorang yang hanya suka duduk dalam warna zon selamat. tapi bukan ke hitam itu:

hitam itu cantik
hitam itu menawan
hitam itu misteri
hitam itu mewah
hitam itu segalanya.


hehe. so untuk "menepis kata-kata mak aku tadi, dengan semangatnya aku geledah segala folder gambar aku dulu-dulu. purple. cream. hitam. hitam. hitam. hitam. hitam. hitam. hitam. hooh! banyaknya hitam! huhu. (-_-")



tapi tak salah kan kalau aku lebih suka pakai tudung hitam? bukan apa, nampak pelik la bila aku pakai tudung oren, kuning, hijau, biru, kelabu, bla bla bla bla. hurm. tak apa la...tunggu je la tauke tudung datang nak bagi aku jadi duta diaorang. nanti mesti hari-hari aku pakai tudung macam pelangi. hehe.

raya nanti aku tak beli tudung hitam dah. tapi tak bermakna aku tak pakai langsung kan? hah lagi satu. lepas ni kalau siapa-siapa terserempak aku pakai tudung hitam, tak payah cakap dalam hati "eh, tudung hitam lagi perempuan ni." sebab Matt Parkman (Heroes) dah transfer kuasa dia yang boleh read minds kat aku. hehehe.


ok la. stop kat sini. ngantuk la. hurm.....(-_-)



post signature

June 19, 2009

welcome to the greenery land

Title: welcome to the greenery land

mood: comel. eh eh. bukan aku yang comel. tapi mood.

buat apa: kalau tak dengar lagu mesti sedang menaip sepantas mungkin.

hiiip hiip hooraay. kalau layout blog aku sebelum ni kena scroll up and down, kali ni aku jumpa layout yang kena scroll right and left. sangat comel dan menyayangi alam sekitar. hehe. best la layout baru ni. warna tak menyakitkan mata, dan dapat bela 3 haiwan sekali gus.

lebah: (missbee) sangat suka sebab ianya kecil dan kawaii!

siput: errrrkkk.....tak suka siput! (-_-")

anjing: hehe. mula-mula nak bagi nama Shiro macam anjing shin-chan tapi Mukgu
lagi kawaii!! so nama dia Mukgu ok. eh eh. jangan risau. bela kalau tak
pegang takpe kan? kan?

hahaha.

post signature

kawaii: bila nama melayu cuba di-jepun-kan

date: bila masa pulak saya ada date? hehe

hari apa: harimau? hari hujan? hari-hari?

mood: _ _ S_ _ - klu: kalau orang ajak main guli pun dah cukup gembira (-_-"). *teka teka kalau tak tak boleh baca!*

huurrm. bosannyaaaaa. macam takda benda nak buat. *oooiit! bila nak bukak buku balik hah? pemalas!* ok ok. memang aku takda mood langsung nak bukak buku walaupun sedar aku macam budak baru keluar tadika. sigh..

oh oh. hehe. tadi aku ada terbukak laman web What Is You Japanese Name? hehe. macam biasa la, kalau orang yang dah terlampau bosan, tangan pun gatal nak cuba. hehe. lepas taip "hidayah" keluar la nama jepun yang errkk...macam pernah dengar tapi tak ingat kat mana.



KIRA INOUE? haha. kawaii!

post signature

June 18, 2009

Okaeri by Ayaka

date: 18 June 2009.

mood: mata kuyu, perut kenyang; penat tapi gembira.

buat apa: dengar lagu okaeri sampai bosan.

tajuk baru: hantu raya curi troli.

hu-hu-hu. penatnya hari ni. lepas bangun terus pergi tesco ampang beli barang dapur. bersenam sambil berbelanja. oh! walaupun pembaca blog ni bukan terdiri daripada kaum ibu bapa atuk nenek orang gaji, aku tetap nak bagitau jugak. kalau pergi beli barang, jangan sesekali tinggalkan troli anda. lebih-lebih lagi kalau berbelanja di pasaraya besar. sebab? troli mungkin akan dicuri dan barang akan disepahkan mungkin di tempat sayur, ikan, lampin bayi dan sebagainya. ya. kami dah terkena. !#$%^&*(!$%^&*. orang tu memang sengaja nak tambah dosa. sengal! memang tak belajar sivik langsung la tu. sigh! tak pasal-pasal kena tawaf satu tesco to semata-mata nak ambil troli baru. !#$%^&*!$%^&.

oh. ini lirik lagu okaeri by ayaka. ost drama jepun : absolute boyfriend (zettai kareshi).


okaeri sweet home
kaeru bashou yeah
ai wo arigatou
mata heiki no furi wo shite
kanashimi no iro wo nuritsubushite
waratte shimau’n desu

shinjiru koto no taisetsusa
wakatteru no ni iza to iu toki
utagatte shimau yeah
karappo no karada
nagareru toki ni
fuiteshimaisou ni naru kedo
anata no koto dakishimetai
kono kimochi ga tsuki ugokasu no
okaeri im home
hitogoto de mitasareru kokoro
okaeri sweet home
kaeru bashou yeah
ai wo arigatou
sweet home
jibun no koto bakkari wo
kangaeru otona wa zuruin da to
omotteitan desu
demo hisshi ni kaeru koto wo
sakenderu hito mo iru’n da
yatto shitta’n desu
atarimae no shiawase nanka
kono sekai ni hitotsu mo nai
anata no tame, sou omoeta
kono kimochi katsugi ugokasu no
okaeri im home
supiido ga kasokushiteku mainichi
okaeri sweet home
kawaranai zutto aru keshiki
sweet home
sagashite nakushita
kokoro no kizu ga
tachimukau tsuyosa ni kawareta no wa
“okaeri” ga atta kara
okaeri im home
hitogoto de mitasareru kokoro
okaeri sweet home
kaeru bashou yeah
ai wo arigatou
okaeri im home
daijoubu anata ga iru kara
okaeri sweet home
mattete ne mou sugu tsuku kara
sweet home
oh yeah
okaeri…sweet home



ok la. stop kat sini dulu. mengantuk gila lepas makan ni. hurm.

post signature

June 17, 2009

Jangan Tekan!: cerita hantu cerita mimpi

date: 17 June 2009
lokasi: ruang menonton tv di tingkat dua rumah di bukit indah di ampang di selangor di malaysia. ok sampai situ je. =p
buat apa: tepuk-tepuk perut sebab lapar. huhu.


dah 3 hari asyik mimpi benda yang pelik-pelik. mimpi tu macam bersambung. kalau tak salah mungkin mimpi tu aku pernah mimpi 3 tahun dulu. dan tiba-tiba mimpi balik mimpi-mimpi tu. macam dejavu pun ada jugak. bezanya bukan realiti tapi dalam mimpi. *ok sekarang baca dari mula balik lepas tu kira berapa banyak aku taip perkataan mimpi. siapa betul dapat ais krim cokelat dalam mimpi dia. hehe*


ok cerita mimpi dah habis dah. aku ada satu masalah baru. penakut. bukan takut pada mimpi tapi takut pada...pada...hantu? hurm lebih tepat cerita hantu.

ini semua salah syikin. dia bagitau yang salah satu kawasan di Segamat ada hantu. ini kisah betul ok. cerita dia macam ni:


Cerita 1:

Fazura (bukan nama sebenar) telah dijumpai menggantungkan diri di rumahnya ketika anaknya nyenyak tidur. keluarga sepupu aku belah ayah dia, Nek Cha (bukan nama sebenar) salah seorang yang telah memandikan jenazah Fazura. tau tau je la kan. orang yang gantung diri lidah dia akan terjelir. kemudian jenazah fazura selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam.

sejak kematian dia, ramai orang terserempak dengan hantu dia yang meminta tolong. sampai budak-budak yang sekolah pagi pun takut nak ke sekolah sebab selalu ternampak %^&*. so penduduk kat situ pun buat la laporan kat pejabat agama. aku pun tak tau la apa tindakan yang diaorang buat. mungkin buat bacaan yaasin, mungkin panggil bomoh pawang ustaz. tapi yang sedihnya, akhirnya mayat dia digali semula dan ditanam di tanah perkuburan kristian.

ya. mayat dia tidak diterima bumi. dan dia dah murtad. mungkin sebab tu dia merayau-rayau. tapi masalah tetap tak selesai walaupun dah gali mayat dia. seram oooooooooooo. jadi pengajarannya, janganlah membunuh diri sendiri sebab balasan yang diterima kelak sangatlah menakutkan. kesian jugak kat hantu tu. sampai bila dia nak merayau-rayau meminta tolong? hurm. renung-renungkan lah.


disebabkan aku selalu tidur lambat, aku asyik terbayang-bayang je cerita tu. lagi parah bila satu malam tu tak sengaja terpegang buku mastika. dah la cover dia ada hantu pegang baby! huhuhu. sepanjang aku hidup, tak pernah la terjumpa pulak terjumpa hantu.

tapi pernah la suatu hari tu, baru lepas balik dari langkawi. sampai jeti kuala perlis dah marghrib. nak balik UUM Changloon. masa tu belum cari hotel lagi. banyak hotel penuh sebab ada konvo. sampai kat changllon dah malam. lepas tu kitaorang pergi kat hotel DC UUM apa ntah. tapi jalan pun masa tu gelap.


tiba-tiba aku ternampak kelibat orang pakai baju serba hitam pastu tak pakai kasut pulak tu. dia tengok je kat atas hotel tu or mungkin dia tengok langit. yang peliknya, macam mana dia ada kat situ sebab kawasan hotel jauh lagi, kawasan sekeliling kosong.gelap. dia naik kereta ke? motor ke? tidak. masa tu dah nak pukul 12 malam. hanya aku dan tiqah je yang nampak. mak aku, along sume tak nampak apa yang aku nampak. hurm.

hah. padan muka. siapa suruh tekan entri ni. malam nanti doa sebelum tidur ok.

ok la. stop kat sini. sebenarnya banyak lagi nak cerita. tapi tak boleh sebab takut tak boleh tidur malam nanti. hehe.


post signature

June 14, 2009

xoxo: ada apa dengan Wani?

date: 14 June 2009
mood: entahlah. nak cakap suka suki tak jugak. hurm.
buat apa: makan sosej keju ayamas yang nyum nyum buurrp!




penat semalam akhirnya hilang juga. satu hari menghabiskan masa dekat times square. diringkaskan:


:: aku, Enol, Tiqah dan sepupu aku yang comel, Wani.
:: pergi Amin hantar. bagusnya ada driver. haha.
:: tengok wayang cerita Jangan pandang Belakang Congkak yang memang kelakar gila. haha
:: shopping shopping makan makan dan ajak Wani ronda-ronda.
:: petang tu balik naik Monorail diikuti LRT sebab wani teringin nak naik. "best tak naik monorail?" aku tanya. "tak langsung! tak suka!" jawab wani. haha. memang la tak best. macam duduk dalam reban ayam! nasib baik tak kena pijak! haha. "best tak naik LRT?" tanya aku lagi. "best!" jawab wani lagi. "sebab apa best?" tanya aku lagi sekali. "sebab dapat duduk!" wani jawab. (-_-")

:: masa kat TS tu, macam-macam yang wani cakap kat aku. "eh, orang tu pakai tudung tapi pakai baju lengan pendek!" " teruknya dia pakai baju macam tu!" "eee..kenapa dia colour kuku dia warna hitam? tak sembahyang ke?" aku senyum je bila dia cakap macam tu. huhu. tapi aku memang tabik spring kat dia. kecik-kecik lagi dah pakai tudung dan sembahyang. teringat kat kampung dulu. masa tu aku nak pergi rumah makcik aku kat Kampung Jawa. pastu aku ajak la dia pergi sekali. masa tu semua dah ada dalam kereta..tunggu dia. dia cari tudung dia kat ruang tamu tak jumpa. aku cakap la tak payah pakai tudung. (dia kan kecik lagi). tapi dia tetap tak nak keluar kalau tak jumpa tudung dia. huhu.


enol, wani, tiqah


ayah dia cakap, kalau order mee goreng basah, kalau tak basah dan tak hitam dia takkan makan.

ini wani

tapi memang best sangat jalan dengan wani. haha. walaupun perbezaan umur kitaorang 7 tahun. ya ya ya..memang terasa muda. haha.

p/s: wani, kalau baca ni jangan perasan lebih-lebih! haha.

post signature

June 10, 2009

past: kawan aku masa comot. ya comot.

date: 10 June 2009.
mood: 33% happy, 33% sad, 34% unknown.
buat apa: dengar lagu utada hikaru; This One (cry like a child) berulang kali sampai bosan.


hurm. hari ni takda yang special pun. hidup makin lama makin rasa kosong. rindu masa aku kecil dulu. pagi bangun, tunggu pak cik jaba (yang jual roti dan jajan), kerja hanya makan, main, main, main, dan tidur. tadi lepas solat borak-borak dengan tiqah pasal kawan masa kecil kitaorang. vanessa nama dia. india moden. mungkin umur dia sekarang 13 tahun. mungkin dia masih lagi kat Switzerland ataupun dah balik Malaysia.


disebabkan dia anak tunggal, perempuan pulak tu, bayangkanlah koleksi mainan dia. bayangkan. sangat banyak ok. ingat lagi kitaorang main masak-masak kat belakang rumah. ingat lagi kitaorang main basikal sampai petang. ingat lagi anjing dia yang dua ekor tu. Blossom and Skipper! T_T oh oh! Sheddy juga yang selamat dikuburkan di belakang rumah. huhu.





tapi yang paling aku tak lupa mesti la barbie-barbie-barbie-barbie *sangat banyak* dia. tapi rasa berdosa sampai sekarang sebab aku pernah gunting rambut barbie dia bagi pendek. huhu. (-_-") dia ingat kawan adik aku yang buat. huhu. rasa bersalah sangat. bukan apa, aku rimas tengok rambut satu barbie tu yang pajang tapi dah kusut masai. gunting je la. hehe. macam apa je aku ni masa kecil kan? perosak! haha. i'm sorry vanessa.


dulu pun aku selalu speaking dengan dia sebab bm dia tak fasih. sambil cakap sambil belajar bi la kan. tapi terbalik pulak. mak dia suruh aku cakap bm dengan dia. huhu. yang pasti, dia la kawan perempuan aku masa kecil. yang lain semuanya lelaki. nasib baik tak jadi tomboy. hehe.


rindu zaman comot aku. hurm.



post signature

June 7, 2009

SIGH: planet pluto tempat orang bo......san.

date: 7 Jun 2009

mood: cuba membayangkan ada hantu comel kat belakang sebagai persiapan menonton drama bersiri GHOST di 8tv. *ceh..padahal tak seram pun! hoho*

buat apa: terbayang-bayang popcorn 1 kilo depan mata. nyum nyum.

anak perempuan duduk di tangga rumah sewa

hah ambik kau. muka kena tampal. hurm. hari ni memang bosan sangat. rasa macam duduk kat planet pluto sorang-sorang. hari yang tak ada semangat langsung. kalau duduk Jepun dah boleh jadi kawan baik Nobita dah. kalau duduk pedalaman Jepun dah boleh jadi jiran Maruko dah. hurm.

hari ni jugak baru perasan berat badan semakin menurun. gila. 10 hari tak makan nasi dah turun berapa kilo. dah tak payah dah pergi Slimming Centre dah. haha.

stop kat sini dulu. tak elok duduk depan laptop lama-lama.radiasi radiasi. lepas ni nak tgk tv pulak. radiasi lagi. sigh! bosan!


post signature

June 6, 2009

SIGH: Sleeping Beauty Sudah Bangun?

date: 6 Jun 2009
mood: sangat girang sebab kenyang macam telan kilang roti *mood orang baru lepas kebulur*
buat apa: baru lepas dengar neeeno neeeno kao kao puchi...paper lama kat luar rumah.




ya ya ya aku dah kembali. tapi bukan untuk selama-lamanya. macam-macam benda nak fikir dan nak buat. hari-hari mata berkelip-kelip kebimbangan.

:: misi mencari jam tangan yang hilang entah ke mana. mungkin di bawah kerusi ataupun ditangan seseorang yang tak bertanggungjawab. "BANG! tembak dia!"

:: masa untuk jadi budak rajin balik untuk catch up setiap patah perkataan yang ada dalam 10 buku teks form 4. sumpah aku tak ingat apa-apa langsung. (-_-")

:: mempersiapkan diri mental dan fizikal untuk setiap apa yang mungkin terjadi. aku manusia lemah.

:: mungkin lepas ni baru nak balas message shahnaz dan misscall najihah. hurm.

:: oh oh! happy belated birthday to tiqah.

so sekarang ni aku tak tau nak mula yang mana. tapi yang aku tau aku dah mula penat dengan semua ni. rasa nak tidur selama-lamanya macam sleeping beauty dan tunggu je prince datang kejutkan lepas dia tolong selesaikan kerja aku. sighhhhhhhhhhhhh................!

post signature

earning i dah meningkat ke RM1.75 =D sila click dahulu sebelum gelak beramai-ramai T___T
 

Blog Template by Hidayah Aziz