April 25, 2009

dayah mata duitan.

date: 25 April 2009
masa: nak pukul berapa?
mood: sangat teruja
buat apa: ligat merancang sesuatu. hehe

malam tadi, selepas ber-message dengan ILI sampai pukul satu pagi, mak aku tiba-tiba memulakan perbualan yang tidak disangka:

emak: adik nak beli ke ipod touch tu?
aku: hah? kenapa mak tanya? *mata bersinar-sinar*
emak: takde la, mak ingat nak pulang balik duit $%^&* adik.
adik: la..tak payah la. lagi pun bukannya cukup pun. tak pe. dah tak kisah dah dengan ipod touch.

perbualan terhenti. ya aku tertidur. keesokan hari, iaitu hari ini, aku bertanya lagi.


aku: mak..betul ke mak nak bagi duit tu balik? hehe
emak: ye la. suka hati adik la nak buat ape dengan duit tu. tapi jangan habis macam tu je.
aku: hehehehe...tapi betul ni?
emak: ye.......

hahaha. aku dah kaya balik bulan ni. sebenarnya duit yang dimaksudkan adalah duit sumbangan ikhlas dari sekolah masa aku sakit dulu. masa tu aku bagi duit tu kat mak untuk beli makanan sedap-sedap. tapi mak aku cakap makanan tu tanggungjawab mak. tapi aku berkeras juga. at last mak cakap, "nati mak akan pulang jugak duit ni ye." aku tak kisah pun. haha

jangan lihat lama-lama. nanti jeles. haha

ya aku agak gembira dengan kehadiran kertas segi empat tepat ini. otak aku ligat merancang pelbagai perkara untuk menggunakannya.


1. sama ada simpan je dalam tabung yang baru separuh penuh dan tiada kandungan wang kertas langsung.



perut tabung bear aku masih lagi belum buncit sepenuhnya. kes tak bagi makan la ni!
2. membeli barang seperti beg, baju dan mascara yang diidam-idamkan. tetapi teringat pesanan mak. jangan habis macam itu saja. haishh!
tapi rasanya mungkin aku pilih untuk membelanjakannya. mana tidak nya. awal-awal lagi mak aku dah ajak pergi SOGO esok. tapi macam rasa bersalah menggunakan duit sumbangan untuk membeli benda yang tidak berfaedah. ya. mungkin anda ada share dalam duit ini. sila halalkan ye. naluri perempuan susah nak kawal. asyik buang duit je. hurm.
oh ya. tajuk entri ini adalah strategi semata-mata. aku bukanlah mata duitan ya. jangan cepat percaya. mata aku hanyalah berbentuk bulat berwarna putih dah hitam ditengah-tengahnya. tetapi agak rabun sedikit. hehe.
mata hanya keluar simbol duit ,
dayah.

1 doll(s) gossip-ing:

Amalina Ali Al Aydrus =) said...

bnyknye! jealous2. haha

earning i dah meningkat ke RM1.75 =D sila click dahulu sebelum gelak beramai-ramai T___T
 

Blog Template by Hidayah Aziz