April 27, 2009

krisis dalaman. bukan kerana wonderpets dan mr. chubby.

date: 27 April 2009
mood: mood tidak dapat dikenal pasti kerana krisis dalaman
buat apa: sedang menonton ILJIMAE di 8tv walaupun sudah tengok secara online

p/s: unsur-unsur merepek mungkin terkandung di dalam entri ini. sila abaikan dengan menekan butang pangkah di atas hujung sebelah kanan window ini sekiranya berniat bebuat demikian. tq.

i'm out of mood today. tak tahu kenapa tapi aku memang berasa pelik dengan diri sendiri. mood yang susah nak diramal. malam tadi berguling-guling kat atas katil sampai pukul 1.30 pagi gara-gara susah nak tidur. sampai nak menangis hanya kerana tak boleh nak tidur. pagi-pagi sampai kat depan gate sekolah, aku teringat shahnaz. huhu. masuk ke kelas baru mood gembira datang secara perlahan-lahan. bila matahari mula tegak di atas kepala, mood sekali lagi bertukar. hampir menjadi masam. eh eh. muka dan perasaan saja yang masam ok. bahagian lain alhamdulillah tidak walaupun banyak berpeluh kat kelas tadi sampai kerap berulang-alik duduk di tempat ILI semata-mata mahu merasa angin kipas sehingga Hadirah berasa pelik. oh ini sila abaikan

disebabkan kondisi badan yang masih belum pulih dari krisis mood, aku mendapat lampu hijau dari mak untuk tidak ke sekolah esok. eh chop chop. ILJIMAE dah mula. oh tidak. yeay aku dapat tengok muka lee jun ki hari ni. haha. sengal. ok la.aku bagi korang tengok jugak. hah tengok puas-puas. jangan sampai termuntah sudah. haha




hah! nak tengok sila bukak tv pada masa yang telah ditetapkan.


oh ya. sebelum aku tekan butang PUBLISH, kat bawah ni ada dua video yang sangat comel dirakamkan oleh aku semasa kenduri hari itu. sila tekan butang play. wajib. diulangi. wajin tekan kalau sayang saya. eh eh. kalau nak tengok.

1.disebabkan budak kecik comel tapi ala-ala datin ni sukakan wonderpets, aku rakamkan untuk tontonan peminat Lenny, Tuck dan MingMing. sedia? weeeeeeeeeeeeeeee....*kapal mendarat*



penyanyi: yasmin hani bt. zailani


perakam: nur hidayah bt nor aziz (tidak bertauliah)

komen ikhlas: erkk..kalau nak masuk OIAM mungkin tidak akan diundi, jadi masuk je la Malaysian DreamGirl. haha. nanti insyaallah akan diundi. minum susu banyak-banyak ye Min. biar cepat tinggi tapi jangan minum pakai botol susu.

2. yang ini rakaman limited edition of my mr. chubby aka syalimin.sila jangan tergoda. dia aku punya. (amaran keras)


aksi spontan oleh: syalimin b. roslan aka mr. chubby

perakam: masih lagi nur hidayah bt. nor aziz. (masih tidak bertauliah)

komen ikhlas: weeeeeeeeee...hehe. siapa yang tidak cair bila melihat dia seperti ini? (terbukti). miss you mr. chubby.xoxo.

yang masih dalam krisis,

dayah.

2 doll(s) gossip-ing:

Amalina Ali Al Aydrus =) said...

kak dayah. siyesly comel giler dua2 org tuhh. haihh.
rse mcm nk cbt je pipi dyeorg. hehe

dAyah said...

hehe
nak cubit boleh
tapi mr. chubby tak boleh!
akak punye!
hahaha

earning i dah meningkat ke RM1.75 =D sila click dahulu sebelum gelak beramai-ramai T___T
 

Blog Template by Hidayah Aziz